Saturday, October 1, 2011

'Gadget ajaib' untuk si Dagu Berlapis


Baca selanjutnya di sini

Baca selanjutnya di sini.

Testimonial :

Saya memang seorang yang suka pada kecantikan, lumrah sebagai seorang wanita. Walaupun suami saya tidak kisah jika saya berwajah hodoh atau berbadan gempal setelah melahirkan 2 orang cahayamatanya, saya tetap berusaha untuk mengekalkan kecantikan diri demi untuk keyakinan diri kerana tugasan saya yang memerlukan saya berjumpa dan berurusan dengan orang setiap hari. Memang diakui pengambilan pil perancang menyebabkan bentuk badan saya menjadi agak sedikit 'plumpy' dan muka menjadi 'chubby' sehingga menyebabkan rupa saya kelihatan sembab, dagu berlapis, tidak menarik dan muka tidak terbentuk apabila mengenakan tudung. Saya bukan seorang yang suka pergi ke pusat rawatan kecantikan untuk melakukan 'facial'. Kali pertama dan terakhir 'facial' yang saya lakukan adalah pada tahun 2007, iaitu sebulan sebelum majlis pernikahan saya. Saya juga bukan seorang yang senang untuk mengeluarkan duit untuk membeli produk-produk kecantikan atau melakukan suntikan seperti rakan-rakan yang lain kerana tidak mempercayai dengan kesan jangka panjang pada penggunaan benda-benda ini, selain agak ragu-ragu dengan hukum Islam mengenai penggunaannya dan ianya membazirkan wang. Masalah dagu berlapis memang menjadi musuh peribadi saya kerana sebagai seorang yang sukakan fesyen bertudung, adalah tidak cantik jika mempunyai dagu yang berlapis yang akhirnya menjejaskan kecantikan bertudung tersebut. Saya pernah melihat banyak iklan di pusat-pusat kecantikan mengenai teknik 'face-lifting' atau 'face-shaping' yang ditawarkan, tetapi melihat kepada kos dan kekerapan yang diperlukan untuk rawatan tersebut menyebabkan saya menjadi tawar hati untuk melakukannya.

Ini adalah kali pertama saya mengeluarkan wang untuk membeli peralatan ini dan menganggapnya sebagai satu 'investment' yang sangat berpatutan kerana saya yakin akan keberkesanannya setelah dibuktikan oleh rakan yang turut menggunakannya. 'Mesin ajaib' AgeLoc Galvanic Spa tidak memudaratkan, boleh digunakan oleh lelaki mahupun wanita tanpa ada sebarang kesan sampingan. Ianya juga tidak memerlukan kita untuk membeli produk tambahan untuk melihat keberkesanannya, kerana anda boleh menggunakan apa sahaja produk penjagaan wajah yang sedang anda gunakan sekarang dan ditambah dengan penggunaan 'mesin ajaib' ini. Yang bagusnya, ianya boleh dilakukan di rumah dan hanya 10 minit diperlukan, minimum seminggu sekali atau anda boleh gunakannya setiap hari! Sangat sesuai untuk mereka yang tidak berkesempatan ke pusat rawatan kecantikan dan juga suri rumah yang sentiasa sibuk dengan tugasan. Ianya sangat 'cost effective' bagi saya, dan jaminan alat ini boleh digunakan sehingga akhir hayat anda!! Kelebihan inilah yang saya cari memandangkan saya tidak mahu keluarkan wang setiap bulan untuk rawatan wajah tetapi mahu sentiasa kelihatan muda dan cantik. Saya percaya pada pepatah "age is only a number" dan saya mahu buktikannya! You have to see it, to believe it. Bonus lain ialah, alat ini boleh di gunakan dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki, dari merawat masalah di kulit kepala, menegangkan muka, memudarkan jeragat di muka, mengurangkan selulit di bahagian perut, pinggang, peha dan semuanya!! Kali ni, saya berani mengatakan "You have to try it, to believe it.."

(Click photo to enlarge)
** Gambar di atas tidak diedit menggunakan Photoshop atau perisian yang bersamaan dengannya, ianya dimuat turun secara terus dari kamera.

* Maklumat mengenai produk ini, sila baca di sini.
* Untuk lihat video mengenai pemakaian peralatan ini, klik di sini atau tonton vclip di bawah :


p/s : Saya tidak mendapat sebarang royalti dari testimonial ini. Niat saya adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan 'pencinta kecantikan' seperti anda!!

p/s/s : Untuk sebarang pertanyaan, boleh email saya di maslina4880@yahoo.com

5 comment(s) so far:

Miss Lily on October 1, 2011 at 2:32 PM said...

mcm best jer gg..berapa harga dia..ni kak dah ni...

Ied @ May on October 1, 2011 at 9:33 PM said...

waaahhhh

ko da berjaya menggoda aku mengugel mesin nih. tapi rasanye hold dulu la. aku tgh try sheep placenta utk muuda jelite. hahaha... or maybe nak sambar medela freestyle kot2 mana la tau sangkut ke lagi. hehe...

MaSLiNa on October 3, 2011 at 12:31 PM said...

Kak Dah : Harga dia lebih murah dari kene beli satu set skincare SK-II. Tapi boleh guna sampai akhir hayat. So, think about it.

Ida : Kalo nak beli ni mmg bukan keperluan, tapi lebih kepada kehendak. Tepuk dada, tanya selera je la.. hehehe

dela on October 3, 2011 at 1:01 PM said...

berapa rm ni? mcm menarik ja..... :)

MaSLiNa on October 3, 2011 at 1:07 PM said...

Dela : saya tak jual bende ni tapi saya boleh tolong belikan / minta org yang jual bende dtg jumpa awak dan buat demo. Harganya RM1500 + free 2 kotak serum (utk kegunaan selama 2 bulan) dan boleh buat 0% installment kalo guna CC selama 6 bulan. Serum tu kalo habis takyah risau sbb tak penting pun, blh pakai je moisturizer kita sendiri then tenyeh dengan alat tu instead of guna jari kita. Untuk further details blh email saya di : maslina4880@yahoo.com

 
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

:: When 2 BeCome 1 :: Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for MaSLiNa MaHaDi Flower Image by LiN